Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts

Saturday, 25 January 2014

Hukum: Tidur Tanpa Seurat Benang

Gambar sekadar hiasan


Soalan :

Assalammualaikum ust dan ustz,sya ingin bertanyakan hukum sekiranya saya dan isteri saya tidur dlm keadaan berbogel dlm bilik sewaktu tidur malam?tanpa ada alasan untuk kami melakukan sedemikian,maaf atas kejahilan,saya baru mahu mendalami hukum agama.

Jawapan :
Wa’alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Anda dan isteri diharuskan berbuat demikian dengan syarat tidak ada orang yang boleh melihatnya.

Walau bagaimanapun, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam ada bersabda, maksudnya:

diriwayatkan oleh Bahz bin Hakim daripada bapanya daripada datuknya, maksudnya:
“Dia berkata: “Saya bertanya: “Wahai Rasulullah! (Kepada siapakah) dari ‘aurat kami boleh kami perlihatkan dan (kepada siapa) kami hindarkan?”


Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Peliharalah ‘aurat kamu melainkan dari isteri kamu atau hamba sahaya perempuan kamu.”

Dia berkata: “Saya bertanya: “Wahai Rasulullah! Bagaimana pula jika ada orang-orang berhimpun sebahagiannya dengan sebahagian yang lain?”

Rasulullah S.A.W bersabda:
“Jika kamu berupaya (membuat) seseorang tidak akan melihat ‘aurat kamu, maka janganlah orang itu melihatnya.”

Dia berkata: “Saya bertanya: “Bagaimana pula jika seseorang itu bersendirian?”

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Allah itu lebih berhak untuk dirasa malu daripada manusia.”

(Hadis riwayat Abu Daud)


Thursday, 23 January 2014

Ucapan Selamat Pengantin Baru

Bila dapat jemputan daripada kekawan mesti ada yang nak bagi ucapan. kadang2 tepk gak ucapan mana yang terbaik.. bila dengar ceramah agama, ramai ustaz & ustazah menegur supaya kita mendoakan pengantin ini dengan ucapan  "Semoga Allah memberi barakah bagi kamu dan memberkati keluarga kamu, dan mengumpulkan kamu dalam kebaikan dan kepada kebaikan." (Dalam bahasa Arabnya: Barakallah laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair).
بَارَكَ اللهُ لَكَ ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ

Kalau masih tak tau mcm mana nak sebut.. kita dengar lagu maher zain ni...